Kelas NADI Mahir Jahit Minggu 12 Baju Kurung Pesak
11 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2025, Sabtu, Kelas NADI Mahir Jahit bagi Minggu ke 12 telah diadakan secara atas talian yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Program tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta dan dijalankan oleh pihak NADI Mahir sendiri.
Pada minggu ke 12, modul yang telah diajar kepada semua peserta Mahir Jahit ialah cara-cara untuk menjahit kurung pesak. Desain baju kurung tersebut boleh diubah mengikut kreativiti para peserta itu sendiri. Semoga dengan adanya program ini mendapat sambutan yang baik dari komuniti untuk mempelajari ilmu sepanjang hayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: